Moving text

Perhatian! Episod 2 Rabiatul Adawiyah sudah dipostkan. Harap maklum...

Korang nak cari apa kat blog ni?

Saturday, May 21, 2011

Rabiatul Adawiyah (Bahagian 1 - Takdir Tuhan )

Download document versionKlik di sini untuk muat turun!

"Wiyah memang tak nak pergi mak. Tapi...." kata Adawiyah kepada ibunya yang sedang memasak di dapur. Ibunya hanya mendiamkan diri sambil mengelap peluh di pipinya. "Wiyah tak nak mak dengan ayah hidup susah. "Ayah tak mampu nak tanggung kita sebab ayah lumpuh."

Ibunya menoleh dan merenung kedua-dua mata Adawiyah. "Ibu bukan tak nak kamu ke sana, Wiyah."
"Ibu takut kamu tak dapat sesuaikan hidup kat Kuala Lumpur sana." jelas ibunya itu. "Wiyah memang tak berdaya lagi mak. Tuhan telah aturkan semua ni mak." kata-kata Adawiyah sambil berlari anak-anak ke biliknya.

"Wiyah!"



Ibunya segera berhenti memasak dan berjalan menuju ke bilik anak perempuannya itu. 

Adawiyah berdiri sambil termenung di tingkap. Kucing peliharaannya yang bernama Tompok, kebetulan berada di hadapan Adawiyah. Tompok melihatnya dengan penuh teliti seolah-olah ia faham akan masalah yang dihadapi oleh tuannya itu.

Tapak kaki ibunya kedengaran. Adawiyah segera menoleh ke arah ibunya. Ibunya membelai-belai belakang badan anaknya agar dengan harapan dapat memujuk anaknya itu. 

"Bila kamu nak pergi ke sana?" tanya ibunya sejenak.

"Esok, mak. Nanti ada seorang kawan baik Wiyah yang akan hantar Wiyah ke sana. Mak dengan ayah janganlah susah hati. Insya-Allah, semuanya berada dalam keadaan selamat. Lagipun Farid boleh jaga emak dan keluarga nanti".

Ibunya terus mengenggam tangan kanan anaknya itu dan berkata "Mak tak kisah kamu pergi tapi kamu kena berjanji dengan mak yang Wiyah tak akan lupakan mak dengan ayah dan adik-adik kamu di sini." Adawiyah hanya mampu mengangguk dan dia mengerti perasaan seorang ibu apabila anaknya yang akan berpisah dengan dirinya.

   Pada keesokan paginya, Adawiyah segera bersiap-siap mengemas segala barangnya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Dia tergesa-gesa mencari sesuatu yang mungkin berharga dan penting bagi dirinya. "Manalah aku letak ni?" keluh Adawiyah sambil terdengar bunyi hon kereta di luar rumahnya. 

"Wiyah, kawan Wiyah dah sampai ni!"

Adawiyah semakin terdesak dan akhirnya dia mengalah juga. Adawiyah segera keluar dari biliknya sambil membawa barang-barang keperluannya yang akan dibawa ke sana. "Wiyah pergi dulu ye emak, ayah." katanya sambil memeluk ibunya. "Ingat ya janji Wiyah kepada ibu semalam." pesan terakhir oleh ibunya. "Ingat mak...."

Adiknya, Farid yang berusia tiga tahun lebih muda daripada kakaknya itu memandang dengan perasaan marah. Dia beranggap bahawa kakaknya itu tidak sepatutnya meninggalkan keluarganya sebegitu rupa. Tanggungjawab kakaknya sebagai anak sulung telah diberikan kepadanya. Dia takut yang dia tak mampu nak menggalas tanggungjawab tersebut yang amat berat baginya.

"Lain macam je adik kau tu, Wiyah." kata Laila yang merupakan kawan baik Adawiyah sejak sekolah rendah lagi. Adawiyah hanya membisu dan memekakkan telinganya. "Betul ke, kat sana nanti ada tempat tinggal untuk aku?" soal Adawiyah. "Ada, kau jangan risaulah. Segala-galanya bisa diatur." Mereka berdua pun sama-sama bergelak ketawa sejenak.

Jam kereta menunjukkan 10 pagi. Laila mengambil keputusan untuk menghantarnya pada waktu bagi agar kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Tiba-tiba, mereka ternampak seorang lelaki berbadan tegap melambai-lambai tangan ke arah mereka berdua seperti ingin meminta pertolongan.

Laila pun mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya dengan perlahan-lahan.

"Sori la kak, kereta saya bermasalah sikit." jelas lelaki itu kepadanya Laila. Laila pun berdiam dan berharap bahawa lelaki itu akan memberikan lebih penjelasan.

Lelaki itu memandang seketika terhadap Adawiyah. Adawiyah pula hanya menunduk mukanya ke bawah  Keadaan pada masa itu seperti membingungkan semua pihak. "Oi, awak ni!" marah Laila kepada lelaki itu.
"Saya minta maaf la kak, kadangkala perkara seperti ni memang tak boleh dijangka."

Laila makin bingung dengan jawapannya itu. Dia segera berkata, "Habis, apa langkah penyelesaiannya kepada masalah encik ini?" "Saya bercadang yang saya akan ikut sahaja kemana kakak pergi. Maksud saya ialah nanti saya nak pergi ke balai polis berdekatan di tempat kakak nanti" jelasnya. Laila cuba berbincang dengan Adawiyah, takut-takut nanti mereka buat satu keputusan yang salah dan bakal mengundang malapetaka kepada mereka berdua.

"Macam mana ni Wiyah?" soal Adawiyah yang jelas sedang dalam kebingungan.

"Wiyah tak kisah, lagipun kita berdua." jawab Wiyah dengan tenang.

Laila masih tidak puas hati dengan jawapan kawannya yang ringkas itu. Tetapi, setelah melihat jam tangannya yang jelas hampir setengah jam berada di situ, dia terus masuk ke keretanya dengan langkah yang agak pantas.

"Aik, tak bagi keputusan apa-apa pun?" tanya lelaki itu dengan penuh kehairanan. Laila segera melakukan isyarat tangan yang menyuruhnya masuk kereta di bahagian belakang. Lelaki tersebut tersenyum gembira walaupun dia tahu yang dia sedang dilanda masalah.

"Hmm, kita nak pergi mana ye?"

"Kuala Lumpur." jawab Laila dengan pantas.

"Syukur, kalian memang membawa tuah kepada saya sebab saya sebenarnya tinggal di sana. Saya datang ke sini sebab ada urusan kerja yang memang memaksa saya ke sini. Saya ni masih bujang lagi kalau kalian nak tahu..." Laila mula berasa meluat dengan tingkah laku lelaki itu yang seolah-olah sudah mengenali mereka berdua begitu lama. Adawiyah pula hanya tersenyum sipu melihat telatah lelaki tersebut.

No comments:

Post a Comment