Moving text

Perhatian! Episod 2 Rabiatul Adawiyah sudah dipostkan. Harap maklum...

Korang nak cari apa kat blog ni?

Wednesday, June 1, 2011

Rabiatul Adawiyah (Bahagian 2 - Hijrah)

Versi dokumen: Muat turun di sini

"Hmm, kita nak pergi mana ye?"

"Kuala Lumpur." jawab Laila dengan pantas.

"Syukur, kalian memang membawa tuah kepada saya sebab saya sebenarnya tinggal di sana. Saya datang ke sini sebab ada urusan kerja yang memang memaksa saya ke sini. Saya ni masih bujang lagi kalau kalian nak tahu..." Laila mula berasa meluat dengan tingkah laku lelaki itu yang seolah-olah sudah mengenali mereka berdua begitu lama. Adawiyah pula hanya tersenyum sipu melihat telatah lelaki tersebut.



Adawiyah sering teringat-ingat apa yang dikatakan oleh emaknya semalam, seolah-olah ia memberi satu petunjuk penting kepadanya. "Apa yang kau termenung tu, Wiyah?" tanya Laila sambil menekan brek keretanya. "Tak ada apa-apa la." balas Adawiyah. "Aku faham akan perasan kau, Wiyah. Bukan senang nak berpisah dengan keluarga buat kali pertama."

Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini merupakan peristiwa paling bermakna bagi Adawiyah kerana inilah kali pertama dia menjejak kakinya ke sana dan peristiwa bermakna ini juga mungkin dapat mengubah kehidupannya sekeluarga. Siapa yang tahu?

"Aku lupa!" kata lelaki asing itu dengan nada yang agak kuat.

"Ya Allah, apa bising-bising ni?" balas Laila yang tiba-tiba terkejut dengan kata-kata lelaki itu. 

"Kunci aku tertinggal kat kereta tu. Kalau kereta tu hilang memang silap aku la..." keluh lelaki tersebut. "Nasib baik kereta aku tu kereta buruk, kalau tak..." Laila dan Adawiyah hanya tersenyum mendengar kata lelaki tersebut.

Dipendekkan cerita, mereka semua akhirnya sampai di mana tempat yang ingin dituju iaitu kota Kuala Lumpur yang tidak asing lagi dengan arus kemodenannya.

"Kita berhenti kat sini dulu, ada perkara yang nak diuruskan. Sabar ya, Wiyah. Kejap je." kata Laila yang penuh bersemangat.

Adawiyah berasa tidak selesa dengan keadaan pada masa itu. Dia menoleh lelaki tersebut. Lelaki itu tertidur, mungkin disebabkan dia terlalu banyak bercakap sehingga penat.

Adawiyah pun keluar daripada kereta itu. Dia cuba untuk membuat panggilan telefon kepada ibunya dalam pada masa yang sama dia dapat memberikan alasan yang baik untuk keluar daripada kereta kawannya itu.

"Assalamualaikum, Mak. Mak macam mana?" tanya Adawiyah kepada ibunya itu.

"Sihat walafiat. Anak mak macam mana pulak? Dah sampai Kuala Lumpur ke?" tanya ibunya dengan nada yang serius.

"Alhamdulillah, mak. Wiyah tak ada apa-apa, mak. Ni Wiyah memang dah sampai Kuala Lumpur, tapi kawan Wiyah ni tengah nak selesaikan urusan dia terlebih dahulu." Adawiyah cuba memandang lelaki asing itu dari luar. Dia masih tertidur lagi. Jelas dia memang betul-betul kepenatan. Laila pula sedang berjalan menghampiri keretanya

"Baiklah, mak. Nanti kalau ada apa-apa nanti, Laila telefon semula ya. Mak jangan risau dengan Wiyah. Wiyah boleh jaga diri sendiri Insya-Allah." kata terakhir Laila untuk ibunya.

"Dah selesai?" tanya Adawiyah kepada Laila. "Sudah. Sekarang ni kita akan pergi menuju ke sebuah rumah yang mana kau akan tinggal di sana. Sebelum itu aku nak hantar lelaki ni dulu." panjang lebar Laila. "Kau nak hantar aku kat mana?" soal lelaki itu. "Kat mana lagi, encik. Mestilah kat rumah encik. Encik kan tinggal kat Kuala Lumpur."

Lelaki itu kelihatan cemas seperti ada sesuatu yang tak kena berlaku pada dirinya. Titisan peluh kelihatan di pipinya.

"Macam ni lah, hantar aku kat stesen bas kat depan tu." ujar lelaki itu.

"Apasal nak susah-susah ni encik. Tak apa, saya boleh hantar encik kat rumah encik. Saya dah biasa selok-belok Kuala Lumpur ni."

"Tak apa lah. Saya betul-betul ada hal ni." Laila tidak mengerti akan sikap lelaki itu. "Lelaki ni ego memang tinggi. Tak paham aku." detik hatinya. Laila pun memberhentikan keretanya di stesen bas yang disebut-sebut oleh lelaki tadi.

"Terima kasih kak kerana sudi hantar saya ke sini." Lelaki itu pun terus beredar dari kereta. "Siapa ya nama lelaki tu?" tanya Adawiyah. "Entahlah, tak teringat pulak nak tanya. Ehem, Wiyah minat dia ke?" sakat Laila.
"Hii...mana ada. Memandai je dia ni." Laila ketawa bersahaja.

"Hari ni adalah hari paling bermakna bagi insan yang bernama Rabiatul Adawiyah kerana dia bakal memulakan hidup barunya di sini. Tak gitu kan?"




No comments:

Post a Comment