Karya sulung yang pastinya masih banyak kelemahan sekiranya masih tidak menepati citarasa bagi peminat2 novel di seluruh Malaysia khususnya. Insya-Allah, aku akan sentiasa mempertingkatkan kualiti novel ciptaanku ini dari semasa ke semasa.
Aku dapat inspirasi nak bagi tajuk "Rabiatul Adawiyah" ini sebab aku rasa banyak tajuk2 cerita, novel, filem, kebanyakannya semua berasal daripada nama orang. Bak contoh, cerita Ahmad Durrah, Keranamu Laila, Isabella (nama lagu)...macam2 la kalau korang fikir sejenak. Dan perkara paling menarik mengenai cerita ni, plot dia memang "on the spot" la kalau orang putih cakap. Plot dia memang tak dijangka-jangkalah dan aku sendiri pun terpaksa perah otak abis-abisan nak bagi cerita ni lain daripada yang lain. Kalau korang ada rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan plot aku ni, fikir-fikirkanlah...hehe..Bagi sesiapa yang mengikuti episod demi episod, aku ucapkan jutaan terima kasihlah sebab korang boleh terima cerita ni. Perkara paling mustahak aku nak cakap di sini yang membuat novel bukanlah sesuatu yang mudah yang korang sangkakan.
Episod 2 - Hijrah