Moving text

Perhatian! Episod 2 Rabiatul Adawiyah sudah dipostkan. Harap maklum...

Korang nak cari apa kat blog ni?

Wednesday, June 1, 2011

Rabiatul Adawiyah (Bahagian 2 - Hijrah)

Versi dokumen: Muat turun di sini

"Hmm, kita nak pergi mana ye?"

"Kuala Lumpur." jawab Laila dengan pantas.

"Syukur, kalian memang membawa tuah kepada saya sebab saya sebenarnya tinggal di sana. Saya datang ke sini sebab ada urusan kerja yang memang memaksa saya ke sini. Saya ni masih bujang lagi kalau kalian nak tahu..." Laila mula berasa meluat dengan tingkah laku lelaki itu yang seolah-olah sudah mengenali mereka berdua begitu lama. Adawiyah pula hanya tersenyum sipu melihat telatah lelaki tersebut.

Monday, May 30, 2011

HARAP BERSABAR SEMUA!

Episod 2 Rabiatul Adawiyah sedang dalam proses lagi. Harap maaf kepada semua yang sedang menunggunya. Kepada pengunjung baru yang ketinggalan dalam mengikuti episod 1, Klik di sini!

Monday, May 23, 2011

iluvblog blogwalking community

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya berminat untuk menyertai Blogger Tercinta Official Group.


Disebabkan terlalu banyak group bagi blogger Malaysia, pihak Wootmedia ingin mengambil inisiatif untuk mengumpul group-group ini dalam sebuah blog yang dipanggil iluvblog^walking. Dalam blog tersebut, para blogger akan diklasifikasikan mengikut kumpulan masing-masing. Setakat ini, 7 group sudah dikenalpasti. Dengan adanya blog ini, jadi lebih mudah lah nak blogwalking. Ye tak?


Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut sama join kami di blog iluv^blogwalking ! Setakat ini,terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya :

    * Blogger Tercinta Official
    * Sahabat Blogger
    * Blogger Pantai Timur
    * Blogger Bawah Tanah
    * Kita-Blogger Group
    * Blogger Malaya Group
    * Special group

Setiap group akan di isi dengan 500 blog..Jadi semuanya berjumlah 3500 blog ! Anda akan muntah kerana blogwalking..hehe
Anda boleh memilih kumpulan mana yang diingini kecuali group “kita blogger” . Walaubagaimanapun, pihak kami telah meletakkan had 500 buah blog sahaja bagi setiap kumpulan. Jadi kalau yang terlebih tu, kami akan masukkan blog korang kat group SPECIAL..



Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :
* Pergi ke www.bw.iluvblog.com
* Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
* Click salah satu group
* Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
* LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
* Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
* Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
* Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

maklumat lanjut: klik sini.

Aku nak tag dua rakan blogger ak iaitu:

Luqman Azmi
Alif Rashrique

Saturday, May 21, 2011

Rabiatul Adawiyah (Bahagian 1 - Takdir Tuhan )

Download document versionKlik di sini untuk muat turun!

"Wiyah memang tak nak pergi mak. Tapi...." kata Adawiyah kepada ibunya yang sedang memasak di dapur. Ibunya hanya mendiamkan diri sambil mengelap peluh di pipinya. "Wiyah tak nak mak dengan ayah hidup susah. "Ayah tak mampu nak tanggung kita sebab ayah lumpuh."

Ibunya menoleh dan merenung kedua-dua mata Adawiyah. "Ibu bukan tak nak kamu ke sana, Wiyah."
"Ibu takut kamu tak dapat sesuaikan hidup kat Kuala Lumpur sana." jelas ibunya itu. "Wiyah memang tak berdaya lagi mak. Tuhan telah aturkan semua ni mak." kata-kata Adawiyah sambil berlari anak-anak ke biliknya.

"Wiyah!"


--PENGUMUMAN---

Blogger telah membuat pembaharuan terkini daripada segi rupa blog ini. Terima kasih diucapkan kepada Facebook Developer dan Chatroll khususnya yang sedikit sebanyak dapat memperbaiki mutu blog ini.

Blogger dalam proses menyiapkan karyanya yang hampir siap bagi bahagian pertama. Dalam masa yang sama, blogger mengharapkan keterlibatan anda semua dalam memeriahkan lagi blog ini seperti menghantar karya masing-masing. Syarat-syarat karya tersebut sudah saya nyatakan pada post sebelum ni atau paling mudah saudara dan saudari bolehlah klik di bahagian 'FORMAT' untuk maklumat yang terperinci.

Selamat berkarya!

Friday, May 20, 2011

Karya Blogger kita....

Blogger mahu mempersembahkan karya pertamanya iaitu karya novel bersiri yang berjudul "Rabiatul Adawiyah".

Sinopsis:

Kisah seorang gadis kampung ingin merantau ke Kuala Lumpur kerana ingin membantu keluarganya yang hidup susah. Seorang gadis yang bernama Rabiatul Adawiyah ini amatlah pendiam dan ibu bapanya sering risau sama ada anak sulungnya itu mampu bertahan dalam membina kehidupan di bandar sana yang penuh dengan penuh ragam dan pancaroba. Adakah kehidupannya benar-benar berubah ketika berada di sana atau sebaliknya?  

---PENGUMUMAN---

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar karya masing-masing bolehlah berbuat demikian. Sebelum itu, blogger ada menetapkan beberapa syarat asas mengenai karya yang ingin dihantar. Antaranya ialah:


  • Mestilah asli 100%. Sebarang idea tiruan daripada mana-mana karya lain adalah dilarang sama sekali.
  • Bebas daripada segi pemilihan genre seperti cinta, misteri, aksi, inspirasi atau apa sahaja asalkan mampu menarik minat pembaca.
  • Tiada unsur-unsur lucah dan unsur yang terlalu negatif diselitkan.
  • Sebarang karya dibenarkan selain daripada novel seperti cerpen pendek, drama bersiri dan sebagainya. Bagi yang menghantar karya berunsur drama bolehlah melihat format yang telah ditetapkan di bahagian 'FORMAT'.
  • Karya yang mengandungi unsur Islamik dan nilai-nilai moral amatlah digalakkan.
  • Bagi yang ingin mengetahui cara-cara untuk menghantar karya masing-masing ke blog ini, silalah rujuk ruangan 'FORMAT' juga.
Jika saudara/saudari mampu mematuhi garis panduan yang blogger telah nyatakan sebentar tadi, maka blogger ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua yang ingin menghantar karya di sini.